Jenama ‘Not A Man’s Dream’ mempamerkan dua rekaannya pada hari Sabtu dalam pertunjukan terakhir Festival Fesyen Melbourne yang mempunyai perkataan ‘Allah’ dalam bahasa Arab.

Salah satu rekaan itu menampilkan seorang model yang dibalut seperti jumpsuit tanpa lengan diperbuat daripada fabrik lutsinar dengan tulisan Arab bertulis ‘Allah berjalan bersama saya’ (الله يمشي معي) di seluruh badannya.

Sumber Gambar: SBS.com.au

Kepala, leher dan telinga model itu juga ditutup dengan kain yang sama, yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tudung atau hijab.

Satu lagi rekaan pula menampilkan gaun midi berlapis, lengan pendek dengan belahan besar, serta mempunyai contengan comot bahasa arab yang sama. Rambut model itu juga ditutup, tetapi dengan kain putih biasa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Instagram pada malam Ahad, Festival Fesyen Melbourne berkata ia memahami bahawa pakaian tertentu ‘menyebabkan rasa kurang senang’ kepada orang ramai dan mengeluarkan imej pakaian itu daripada media sosial berkenaan.

“Festival itu tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa dan kami memohon maaf atas sebarang kesalahan yang dilakukan,” kata kenyataan itu.

Sumber Gambar: SBS.com.au

Pereka Not A Man’s Dream, Samantha Saint James juga telah memohon maaf dalam satu kenyataan bersama dengan festival itu, dengan mengatakan dia kini ‘memahami bagaimana beberapa pakaian telah menyebabkan rasa kurang senang buat orang ramai’.

“Ia adalah bertentangan dengan niat saya dan untuk itu, saya benar-benar minta maaf.

“Saya memohon maaf atas sebarang kesalahan atau rasa tidak hormat yang disebabkan oleh bahag4an tertentu yang saya tunjukkan di MFF runaway petang Sabtu lalu,” kata Samantha.