Mechamato Baw4 Pulang ‘Anime Fan Aw4rd’ Di Tokyo

Filem Mechamato terbitan syarikat tempatan Animonsta Studios (Monsta) kini melakar sejar4h tersendiri selepas muncul sebagai animasi pertama dari luar Jepun memenangi Anugerah Peminat Anime.

Selaras dengan itu, pihak Monsta telah menerima anugerah itu di Festival Anugerah Anime Tokyo (TAAF) 2003. Monsta dalam satu kenyataan memaklumkan Mechamato layak menerima anugerah itu selepas mendapat sambutan menggalakkan apabila ditayangkan di Cartoon Network dan Netflix Jepun tahun lepas.

 

Ketua Pegawai Kreatif Monsta Anas Abdul Aziz menerima anuger4h itu dengan memakai baju Melayu biru muda mewakili syarikat berkenaan pada majlis yang berl4ngsung di Tokyo selama empat hari dari 10 hingga 13 Mac.

Menerusi ciapan di akaun Twitter, Anas menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan beliau kep4da mereka yang sudi mengundi Mechamato.

Kenyataan itu menyebut Monsta berbesar hati menerima pengiktirafan daripada Jepun yang sememangnya terkenal dengan industri animasi hebat di mana Mechamato mampu menaw4n hati penonton negara itu terutama dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments