Simpan di MBSB B4nk, menang kereta mew4h

KOTA BHARU – Seorang peked4i runcit dari Kampung Sungai Rengas, Terengg4nu berjaya membawa pulang sebuah Mercedes Benz A200 bernilai RM250,000 hasil simpanannya sebanyak RM20,000 di MBSB Bank Berhad (MBSB Bank).

Mohamad Jefri Mohamad, 38, tidak pernah menyangka kereta mewah yang menjadi idaman ramai itu akan menjadi miliknya selepas memenangi kategori cabutan utama yang diadakan di Pasar Raya Mydin Tunjong, di sini pada Sabtu.

Bapa kepada seorang anak yang berusia lima tahun itu memberitahu, dia masih berada dalam keadaan terkejut.

“Saya tidak pernah memasang angan-angan untuk memandu kereta mewah. Semua ini bagai mimpi, walaupun kunci sudah ada di dalam tangan tetapi saya masih sukar untuk mempercay4i apa yang berlaku,” katanya.

Selain Mohamad Jefri, empat lagi pemenang iaitu Low Beng Cheong, Low Wan Choon, Kamarudin Yahya dan Zulkeflee Ismail masing-masing memenangi wafer emas bagi Cabutan Simpanan Tinggi Serantau di Wilayah Pantai Timur.

 

Jesleigh (empat dari kiri) bersama para pemenang pada majlis penyampaian hadiah Cabutan Simpanan Tinggi Serantau di Wilayah Pantai Timur.
Jesleigh (empat dari kiri) bersama para pemenang pada majlis penyampaian hadi4h Cabutan Simpanan Tinggi Serantau di Wilayah Pantai Timur.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MBSB Bank, Jesleigh Johari berkata, bagi menghargai para pelanggan setia, pihak bank telah menganjurk4n majlis penyampaian hadiah untuk kempen ‘Simpan Berg4nda Menang Bergaya 2.0’ Casa-i (SBMB 2.0) bagi suku pertama.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments