Jang4n ubah st4tus quo Masjid al-Aqsa’

GAZA – Hamas beri amaran kep4da Israel bahawa sebarang perubah4n terhadap status quo Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis akan menyebabkan kawasan itu berubah seperti dilanda gempa bumi.

Timbalan Ketua Bridged al-Qassam, Marwan Issa, mengeluarkan amaran itu dalam satu wawancara dengan saluran satelit yang berpangkalan di Gaza, Tv al Aqsa.

Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan kedua-dua belah pihak semakin meningk4t terutama ketika menjelang bulan Ramadan dan perayaan Paskah Yahudi di Baitulmaqdis serta pekarangan Masjid al-Aqsa.

Menurut Marwan, tiada proses politik dan musuh mereka, merujuk kepada Israel, sudah membatalkan Perjanjian Oslo yang ditandatangani antara Israel dan Palestin pada tahun 1993.

Tambahnya, ia dilakukan supaya hari-hari akan datang dipenuhi dengan peristiwa dan tragedi.

Beliau turut mengajak semua pihak “menyemarakkan dan menyokong penentangan di seluruh Palestin” terutama di Tebing Barat serta Baitulmaqdis.

Katanya, Hamas akan mempertahankan rakyat Palestin dengan menggunak4n kekuatan yang ada tanpa memerlukan sebarang campur tangan pihak lain.

Pada April lalu, perkarangan Masjid al-Aqsa menyaksik4n pertempuran antara jem4ah Palestin dan pasukan polis Israel ketika orang Yahudi melawat tapak suci berkenaan, menyebabkan 12 jemaah Palestin cedera.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments