KOTA BHARU – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mahu tindakan yang lebih tegas bagi menyekat akses pornografi secara menyeluruh di media sosi4l dalam usaha membanteras jenayah seksual membabitkan kanak-kanak.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, masyarakat perlu diberi kesedaran dan perhatian terhadap peningkat4n kes-kes jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak.
“Kita memerlukan internet dan teknologi, namun bahan-bahan porno di dalam medium ini sukar untuk dikawal.
“Jadi, satu keperluan untuk menyekat lam4n-laman sesawang ini daripada terus dapat diakses pada bila-bila masa sekali gus menutup ruang perlakuan jenayah,” katanya pada sidang akhbar selep4s Karnival Hari Wanita Antarabangsa Kelantan (HAWA) 2023 di Tunjong di sini pada Jumaat.

Turut disampaikan Anugerah Jasamu dikenang kepada penerima, Faridah Mat Isa, 50, juga ibu kepada pemuda orang kurang upaya (OKU), Ahmad Shahmim Mohd Kadri, 21.
Menurut Aiman Athirah, kementerian itu juga menjalinkan kerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia khususnya Bahagian Siasat4n Seksual, Penderaan dan Kanak-kan4k (D11) bagi tujuan sama.