GEORGETOWN – Syarat memiliki tauliah untuk mengajar dan menyampaikan ceramah agama tidak bertujuan menyekat usaha dakwah dan penyebaran ilmu agama kepada masyarakat.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebaliknya ia bertujuan membendung aktiviti keilmuan supaya tidak dicemari anasir yang boleh memesongkan kefahaman masyarak4t terutama umat Islam daripada hakikat agama Islam yang sebenar.
Beliau berkata, dengan pemberian tauliah kepada mereka yang berkelayakan daripada sudut ilmu dan akhlak diharap dapat meningkatkan lagi pengetahuan masyarakat Islam.
Katanya, pemberian tauliah juga diharap memantapkan kefahaman mereka y4ng layak terhad4p ajaran agama yang sejati seterusnya dapat dihayati serta diamalkan dengan cara yang betul.
“Ia akan memberi manfaat yang dikehendaki untuk kesejahteraan hidup muslim di dunia dan akhirat. Agama Islam mempunyai disiplin ilmu yang ketat dan mapan sebagai misi suci dan rahm4t terbit dari sumber Ilahi yang sahih untuk kebaikan serta kepentingan hidup manusia di dunia dan akhirat.
“Segala ilmu berkaitan dengan ag4ma yang mulia ini mesti sentiasa dipelihara supaya kesuciannya tidak dinodai dan segala ajarannya tidak diselewengkan oleh mana-mana individu atau pihak yang mempuny4i agenda tertentu sehingga tersasar daripada misi asal terkandung dalam ilmu disampaikan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kepentingan tauli4h untuk mengajar dan penyampaian ceramah di Pulau Pinang.
Tambah Wan Salim, tauliah adalah penting sebagai tanda pengiktirafan terhadap kelayak4n seseorang untuk mengajar agama dan menyampaikan ceramah bekaitan hal ehwal agama Islam.