SHAH ALAM – Pentadbir masjid, surau dan musolla di Selangor perlu menggunakan khidm4t imam lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mengimamk4n solat tarawih sepanjang Ramadan ini.
Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, selain imam lantikan MAIS, imam yang dilantik kariah masjid berkenaan turut dibenarkan.
Menurutnya, khidmat imam luar negara tidak dibenarkan melainkan telah mendapat kebenar4n Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Solat tarawih hendaklah dilaksanakan sebany4k 20 rakaat dengan membaca surah atau ayat-ayat pendek.
“Pelaksanaan tazkirah hendaklah dilaksanakan selepas selesai solat sunat tarawih oleh penceramah bertauliah dan tempohnya tidak melebihi 20 minit,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, pelaksanaan solat fardu, solat Jumaat dan aktiviti progr4m melibatkan masjid dan surau dibenarkan dengan kapasiti penuh mengikut syarat ditetapkan.
Tambah beliau, berikutan peralihan fasa endemik Covid-19 yang sed4ng dilalui ketika ini, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga
“Pihak pentadbir masjid, surau dan musolla serta jemaah digalakk4n untuk memakai pelitup muka.