Ustaz Azhar Idrus dir4wat di hospit4l

KUALA TERENGGANU – Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dimasukk4n ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana mengalami masalah kesihatan.

Perkara tersebut dikongsikan Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dalam Facebook rasmi beliau selepas menziarahi pendakwah itu pada Khamis.

Menurutnya, Ustaz Azhar Idrus atau lebih diken4li sebagai UAI dimasukkan ke hospital pada Selasa selepas mengadu kurang sihat.

“Alhamdulillah, kesihatan Murabbi Ummah, Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus semakin bertambah baik setelah menjalani rawatan di hospital.

“Sewaktu ziarah Al-Fadhil Ustaz tadi, sempat juga beliau bergurau senda bersama k4mi sambil menceritakan kisah sakit yang sedang dilaluinya kini.

“Mohon sama-sama doakan agar Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus diberi kesembuhan dan kesihatan Afiyah, insya-ALLAH,” katanya yang turut memaklumkan UAI dipindahkan ke wad kelas pertama.

Sebelum ini, kuliah Maghrib Ambang Ramadan bersama Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemung pada Rabu terpaksa ditangguhk4n kerana masalah kesihatan.

“Ditangguhkan atas sebab kesihatan, doakan kesembuh4n buat Murabbi Ustaz Azhar Idrus,” kata hantaran di Facebook Ustaz Azhar Idrus.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments