12 gerai disita, menj4ja di tempat parkir, hal4ng laluan

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindak4n menyita 12 gerai termasuk yang ditinggalkan selepas berniaga di tepi dan bahu jalan serta di laluan pejalan kaki di sekitar Kuala Lumpur.

DBKL dalam kenyataan berkata, operasi Tindakan Khas Pasar-Pasar di sekitar Kuala Lumpur Siri 5/2023 itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Kepong.

Menurut kenyataan, operasi yang dilaksanakan pada Khamis itu melibatkan kawasan Persiaran Mergastua, Jalan Timur 13 dan Lorong Mata Air 3.

“Bagi siri kali ini, lima notis telah dikeluarkan manakala 12 premis diambil tindakan penguatkuasaan sita atas kesalahan menjaja di kawasan meletakkan kenderaan, tiada lesen perniagaan, halangan, meninggalkan barang perniagaan dan penjaja warga asing.

“Kesemua tindakan penguatkuasaan ini diambil di bawah Undang-und4ng Kecil 3 (1),” kata DBKL dalam kenyataan di laman rasmi Facebook pihak berkuasa tempatan itu.

Jelas DBKL, kesemua peralatan perniagaan yang disita telah dipindahk4n ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments