KOTA KINABALU – Pacuan empat roda jenis Nissan Navara bernilai RM180,000 dijual dengan harga yang tidak masuk akal iaitu RM10,000 rupanya kenderaan yang dicuri di premis pameran kenderaan dalam kejadian di Jalan Lintas Kapayan baru-baru ini.
Bagaimanapun, kenderaan itu berjaya ditemui semula selepas dua suspek kes pecah premis itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berk4ta, jenayah pecah premis pameran kenderaan itu berlaku kira-kira jam 4.20 pagi 8 Mac lalu di Jalan Lintas, Kapayan.
Katanya, hasil risikan serta maklumat awam berjaya mengesan suspek lelaki berusia 39 dan 36 tahun yang bersembunyi di Semenanjung selepas melarikan dua Nissan Navara di premis berkenaan.
“Kedua-dua suspek kemudian ditahan sebaik merek4 tiba dari Semenanjung dan hasil siasatan mereka mengaku terlibat dalam kes ini serta menjual salah sebuah pacuan empat roda kepada seorang pembeli lelaki berusia 28 tahun di Kolombong dengan harga RM10,000.
“Suspek kemudian menunjukkan dua kenderaan yang disembunyik4n iaitu yang dijual kepada pembeli ditemui di sebuah kediaman di Kolombong dan sebuah lagi ditinggalkan di belakang pasar raya di Manggatal.
“Hasil pemeriksaan juga mendapati, pembeli telah menukar rim kender4an yang dicuri ke sebuah lagi kenderaan milik keluarganya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini pada Sabtu.
Katanya lagi, dengan penahanan suspek utama kes itu, polis berjaya menyelesaik4n pelbagai kes pecah rumah dan curi yang dilakukan suspek bukan saja di negeri ini tetapi juga di Selangor dan Perak.