KUALA LUMPUR -Seorang bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah ditah4n dipercayai meminta suap4n berjumlah kira-kira RM2 juta bagi membantu menyelesaikan kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang ahli perniagaan yang telah dituduh berkaitan projek Jana Wibawa pada Jumaat.
SPRM menerusi kenyataan memaklumkan suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu dipercayai meminta suapan sebagai balasan antaranya untuk meminta pihak SPRM menukar keterang4n tertuduh kepada saksi dan menukar pertuduhan rasuah kepada pertuduhan alternatif.
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 9.30 malam ketika hadir memberi keterang4n di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
“Perintah reman tiga hari bermula hari ini hingga 20 Mac 2023 dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya,” katanya pada Sabtu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi mengesahk4n penahanan tersebut.
“Kes disiasat di baw4h Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009,” katanya.