GUA MUSANG – Seorang pemandu dan kelindan m4ut selepas lori muatan cat dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah treler yang rosak di Kilometer 43.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa yang berusia 25 dan 26 tahun m4ut di lokasi akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan lanjut mendapati lori yang dinaiki kedua-dua mangsa itu dari arah Gua Musang menuju ke Kota Bharu telah melanggar bahagi4n belakang sebuah treler membawa muatan besi.
“Treler tersebut dipercayai berhenti di tengah jalan selepas mengal4mi kerosakan pada kotak gear.
“Kedua-dua mangsa dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelam4t Malaysia (JBPM) Gua Musang dari tempat tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, jenazah mereka kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut dan siasatan lanjut masih dijalankan
Choon Foo memberitahu, Polis ingin mengingatkan kepada pem4ndu atau pemilik supaya tidak meninggalkan kenderaan tanpa jagaan seperti mana mengikut Kaedah 53 dalam Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 166/1959.