‘Saya tak mak4n ugutan, saudara sal4h pilih Perdana Menteri’- Anwar

SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak gentar deng4n ugutan sesetengah pihak yang mahu menjatuhkan Kerajaan Perpadu4n yang dipimpinnya ketika ini.

Malah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ‘mempersilakan’ tindakan sedemikian walaupun ketika ini menerim4 pelbagai desakan, tekanan serta ugutan.

Tegas Anwar, beliau tidak gentar bahk4n bersedia untuk menghadapi sebarang serangan yang direncana untuk menjatuhkannya.

“Ini gelanggang saya, empat bulan saya bersabar, saya bicara secara teratur (dan) hari ini saya bicara sebagai Presiden PKR (iaitu) gerakan reformasi. Saudara mahu ugut kita dengan mengadak4n perhimpunan, ugut kita takut untuk bertindak perangi perasuah, saudara salah pilih Perdana Menteri.

“Saya tak makan ugutan itu, ada kuasa kita laksanakan, kamu cuba nak rampas (kerajaan), silakan tetapi tidak mudah (kerana) kita siap dengan keris, membujur lalu melintang p4tah,” katanya ketika ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Melawati pada Sabtu.

 

Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Melawati Shah Alam pada Sabtu.
Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Melawati Shah Alam pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau yang juga Perdana Menteri mengingatk4n, kerajaan hari ini tidak akan melepaskan sesiapa sahaja dari kewajipan membayar cukai, bahkan akan terus menjalank4n siasatan sekiranya mendapati ada pihak melindungi ‘tauke’ besar daripada berbuat demikian.

“Sebab itu kita buat siasatan, konon (mendakwa) ada tindakan politik, itu bezanya selama ini kuasa politik melindungi penjenayah besar, kuasa politik melindungi perasuah besar, memperkayakan perasuah dan gunakan kuasa (politik) itu untuk melindungi dan menghentam rakyat.

“Kita akan guna kuasa itu untuk melindungi rakyat dan menyer4ng perasuah. Kumpulkan Tan Sri – Tan Sri dan tauke besar ini, (ada) beberapa kerat orang yang merencana untuk menggugat, menggunakan sentimen perkauman, mengajak orang Melayu benci kepada kaum-kaum lain, menyatakan kuasa (Melayu) hilang.

“Kamu pegang tampuk kuasa termasuk kerajaan tiga tahun baru-baru ini, mana dia RUU 355, mana projek peningkatan dana untuk Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Belanjaw4n tahun ini yang meningkatkan jumlah kewangan untuk negeri-negeri itu,” tegasnya.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments