KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya tidak akan menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara sel4gi mana ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Bagaimanapun jelas Ahli Parlimen Tambun itu, kerajaan tidak akan sesekali berkompromi deng4n mana-mana pihak yang membangkitkan isu perkaum4n atau agama dengan kepentingan tertentu.
“(Mahasiswa) boleh jadi aktivis (perjuangkan hak mahasiswa) tetapi jangan jadi macai (atau) walaun.
“Saya hendak pastikan Kerajaan Perpaduan deng4n warga Madani (tidak akan menyekat) sekiranya sesiapa ingin bercakap tentang perjuangan (mahasiswa).

“Tetapi kalau permainkan kaum dan agama (saya ulangi) akan ambil tindakan tegas,” katanya ketika Dialog Anak Muda – Temu Anwar yang berlangsung di sini pada Ahad.
Anwar dalam masa sama turut mengimbau sejarah panjang pembabitan dirinya dalam politik ketika masih bergelar mahasiswa sehingga turut dimasukkan ke dalam penjara.
Justeru katanya, sebagai memah4mi kehendak mahasiswa, kerajaan pimpinannya tidak ak4n mengambil tindakan terhadap aktivis yang memperjuangkan hak mereka.