JEMPOL – Bagi meraikan anak sulungnya yang kali pertama ke sekolah, seorang ibu sanggup memakai kostum Doraemon ke Sekolah Kebangsaan Serting Ilir di sini pada Isnin.
Malah kehadiran Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar, 32, bersama anaknya Nur Dhia Imani Norazli, 7, turut menceriakan murid-murid lain termasuk para guru.
Menurutnya, idea untuk memakai kostum tersebut hanya timbul ketika mahu menghant4r anaknya ke sekolah.
“Kostum itu saya beli lima tahun lalu dan selalu pakai di rumah untuk menghiburkan anak.

“Secara kebetulan ia memang ada di dalam kereta, jadi sebaik saja sampai ke sekolah saya terfikir ken4pa tidak saya sarungkannya, dapat juga ceriakan murid-murid lain, ” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Dia yang merupakan Pengurus Pusat Komuniti Desa berkata, anaknya tidak terkejut deng4n tindakannya itu malah teruja kerana dihantar Doraemon ke sekolah.
Kata Nurulazma Shafiqah, kesempatan itu dia turut mengambil peluang mengagihk4n bungkusan coklat sumbangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamat4n Kampung Persekutuan (JPKKP) kepada 240 murid dan guru.