PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditungg4ng dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di persimpang4n Jalan Sungai Buloh di sini pada Sabtu.
Mangsa yang bekerj4 sebagai pengawal keselamatan itu dipercayai dalam perjalan4n pulang dari tempat kerjanya di Damansara menuju ke rumah di Paya Jaras, Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadi4n dipercayai berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ketika mangs4 menunggang motosikal jenis Honda Wave.
“Mangsa berumur 62 tahun dipercayai dilanggar sebu4h kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang wanita berumur lingkungan 30-an.
“Ketika kejadian, kereta dipandu wanita berkenaan dipercayai membelok ke kanan lalu melanggar motosikal ditunggang mangsa,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejark4n ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya.
“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.58 petang pada Ahad.
“Proses bedah siasat akan dijalankan untuk mengen4l pasti punca dan sebab kematian mangsa,” katanya.