Ringgit terus meningkat berb4nding dol4r AS

NILAI ringgit terus meningkat dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini.

Prestasi yang baik ini didorong oleh langkah pelabur mendapatkan semula mata wang sedang pesat membangun tatkala krisis perbankan global semakin reda selain menjelang keputusan mengenai kadar faed4h AS pada pertengahan minggu, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4680/4730 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Jumaat pada 4.4850/4880.

Menurut Kenanga Research, untuk tinjauan minggu ini, beberapa data akan dikeluarkan di pasaran domestik termasuk perangkaan perdagangan luar dan laporan harga pengguna bagi bul4n Februari pada Jumaat ini.

“Selain itu, tumpuan utama minggu ini adalah keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang akan diadakan pada Selasa dan Rabu,” katanya.

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpul4n mata wang utama.

Nilai ringgit lebih tinggi berbanding euro kepada 4.7741/7794 daripada 4.7743/7775 tetapi menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3690/3733 daripada 3.3679/3704 pada penutup Jumaat dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.4465/4526 daripada 5.4390/4426 sebelumnya.

Berbanding mata wang Asean yang lain pula, ringgit diniagak4n kebanyakannya lebih tinggi.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments