HARI ini sesi persekolahan musim baharu telah dibuka sepenuhnya. Merak Jalanan yakin ram4i ibu bapa yang masih janggal kerana sesi persekolahan bermula pada bulan Mac dan bukan Januari seperti sebelum pandemik.
Lama-lama nanti biasalah tu sehingga Kementerian Pendidik4n Malaysia (KPM) susun semula jadual baharu.
Bercerita mengenai sesi persekolahan 2023/2024, banyak isu dibangkitkan oleh ibu bapa seperti harga mak4nan di kantin, tambang pengangkutan, prasarana, tandas dan macam-macamlah.
Tapi kali ini Merak Jalanan nak sentuh pasal buku aktiviti. Bukan apa, ada segelintir ibu bapa mengeluh bila tengok buku aktiviti anak-anak masih banyak yang tidak digunakan.
Walhal, buku-buku itu dibeli dari koperasi sekolah mengikut senar4i buku yang perlu dibeli oleh pihak sekolah.
Ibu bapa dah tentulah nak yang terbaik untuk anak masing-masing, jadi apa sahaja buku yang diminta beli, pasti akan dibeli. Sebab apa? Kerana tak mahu anak-anak ketinggalan di dalam kelas.
Jadi belilah juga walaupun mungkin ada ibu bapa terpaksa berjimat kerana mahu membeli buku aktiviti tersebut.
Jika buku aktiviti digunakan sepenuhnya tak meng4pa juga. Berbaloi dengan w4ng yang dikeluarkan. Yang jadi masal4h bila ada buku aktiviti yang disentuh langsung. Masih elok seperti mula-mula dibeli.