Yusof Haslam sedih ram4i netizen nak boikot filem Sy4msul

KRISIS rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof masih berpanjangan sehingga kini memandangkan pengarah itu enggan melepaskan aktres tersebut yang juga isteri pertamanya.

Sebagai bapa, pengarah Datuk Yusof Haslam mengakui dia berasa sedih apabila ramai netizen ingin memboikot filem arahan Syamsul disebabkan kemelut rumah tangga anak dan menantunya itu.

“Terus terang saya sebagai bapa sedih apabila ada orang kata nak boikot filem Syamsul, bagi saya tidak adil. Masalah peribadi itu peribadi, kerja itu kerja.

“Saya kalau boleh tak nak orang ramai boikot filem Syamsul kerana beberapa isu. Itu masalah peribadi dia bagi saya. Kalau ada karya yang baik kita sokong tanpa mengira siapa dia,” ujarnya.

Yusof berkongsi perkara itu ketika ditemui tayangan perdana Astro Original ‘Liar’ yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan memerintahkan Puteri Sarah dan Syamsul untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

 

Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments