Larang im4m luar negara, Selangor utamakan im4m tempatan

SHAH ALAM – Larangan menjemput imam luar negara bagi solat tarawih di masjid dan surau seluruh Selangor memberi laluan kepada imam tempatan, asatizah, graduan serta pelajar tahfiz tempatan yang berkelay4kan menggalas tugas tersebut sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, keputusan untuk tidak membenarkan imam jemputan solat tarawih luar negara di m4sjid dan surau di seluruh Selangor pada Ramadan 2023M/1444H telah ditetapk4n oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak tahun 2015.

Mohd Shahzihan berkata, jemputan imam luar negara telah menimbulkan beber4pa isu yang menjadi antara punca ketetapan larangan itu dibuat.

“Ia dapat mengatasi isu segelintir individu atau pihak yang menjadi perantara dengan menawarkan imam luar negara dengan kadar bayaran tertentu dan menyebabkan peminggiran im4m sedia ada, imam tempatan dan para huffaz di Selangor.

“Kehadiran imam luar negara turut menimbulkan beberapa isu melibatkan perbezaan mazhab dal4m pelaksanaan solat dan mengambil kesempatan mengutip derma yang tidak mendapat kebenaran di bawah Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016, ” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau menjelaskan, keputusan itu juga selaras deng4n titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media berhubung larangan menggunak4n khidmat imam luar negara bagi solat tarawih pada Ramadan ini.

Laporan menyebut, pentadbir masjid, surau dan musolla di Selangor perlu menggunakan khidmat imam lantikan MAIS bagi tujuan itu.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments