YANGON – Myanmar baru-baru ini telah mengatur lawat4n untuk duta dan Konsul Jeneral 11 negara termasuk Bangladesh, India, China serta lapan anggota ASEAN ke Rakhine.
Lawatan itu adalah bagi mengesahkan bahawa keadaan keselamatan di Rakhine kini stabil.
Pada 2017, Rakhine menjadi kucar-kacir selepas pergolakan meletus pada akhir Ogos yang menyaksikan serangan oleh militan Rohingya mencetuskan tindakan keras Tatmadaw.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melabel tindakan keras tentera Myanmar itu sebagai genosid atau penghapusan etnik kerana wanita dan kanak-kanak Rohingya turut dirogol, disembelih serta dibakar hidup-hidup.
Situasi tersebut mendorong hampir separuh darip4da satu juta penduduk Rohingya di Rakhine melarikan diri ke daerah Cox’s Bazar di Bangladesh, sekali gus mewujudk4n krisis pelarian terbesar di dunia.
Selain Bangladesh, pelarian Rohingya turut melakukan pelayaran berbahaya di laut dengan memasuki negara ketiga terutamanya Indonesia namun niat sebenar mereka adal4h untuk menetap secara kekal di Malaysia.
Difahamkan, lawatan khas itu ada kaitan dengan projek perintis penghantaran pul4ng pelarian Rohingya ke Rakhine.
Melalui projek perintis itu seramai 1,140 pelarian Rohingya akan dihantar pulang termasuk 711 individu yang sebelum ini mempunyai pendakwaan jenayah, namun kes mereka telah digugurkan.