Bau busuk bongk4r penemuan berpuluh rangka, org4n kucing

SHAH ALAM – Aduan bau busuk di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur memb4wa kepada penemuan berpuluh rangka, cebis4n organ dan daging kisar disyaki akibat kes kezaliman kucing, pada 11 Mac lalu.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, awalnya beberapa jiran mengadu tidak tahan dengan bau busuk dari rumah sewa yang dihuni seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun menyebabkan pemilik rumah membuat pemeriksaan.

Menurutnya, pemilik rumah bagaimanapun terkejut dengan penemu4n bangkai, rangka dan anggota haiwan itu dalam keadaan tidak cukup sifat.

“Selain daging kisar di dalam baldi dan peti ais, terdapat sebuah bilik turut dipenuhi bangk4i haiwan yang telah lama mereput,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Lebih menyedihkan katanya, apabila laporan polis yang dibuat oleh pemilik premis tid4k dilayan dengan alasan mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat siasatan dan penguatkuasaan

Jelas Arie Dwi, pihak polis sebenarnya mempunyai kuasa memb4ntu mencegah segala kekejaman haiwan itu kerana ada undang-undang diperuntukkan bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, disebabkan tiada tindakan daripada pihak berkuasa, akhirnya aduan itu disampaikan kepada Ketua Seksyen Lembaga Kebajikan Haiwan dan Pejabat Perkhidmat4n Veterinar, Putrajaya.

Justeru, beliau berharap Persatuan Haiwan-Haiwan Malaysia menuntut agar kezaliman tersebut diheret ke mahkamah dan didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments