KOTA BHARU – Peniaga ayam percik yang juga pasangan suami isteri di Nilam Puri di sini menggunakan kira-kira 40 kilogram santan sehari untuk dijadikan kuah ayam percik.
Kuah yang dihasilkan itu boleh digunakan untuk menyiram kira-kira 90 ekor ay4m yang dipotong empat sebelum dibakar.
Mohd Zaidi Deraman dan isteri, Madihah Hasan Basri, masing-masing berusia 39 tahun itu menggunakan resipi turun temurun daripada keluarga mereka untuk berniaga ayam percik sejak lebih tiga tahun lalu.
Dia berkata, pada hari biasa, mereka tidak menggunakan santan sebanyak itu kerana permintaan tidak banyak iaitu antara 15 hingga 16 ekor ayam sahaja.
Menurutnya, bagi menghasilkan kuah yang segar seti4p hari sepanjang Ramadan, mereka akan mula memasak kuah selepas sahur.
“Kuah perlu benar-benar sebati dan setakat ini ramai pelanggan memberi maklum balas yang baik kerana sukar basi walaupun tanpa disimpan dalam peti ais dalam tempoh sehari,” katanya.
Menurutnya, pada malamnya, mereka berdua akan menyiang dan mengik4t ayam pada pemanggang buluh sebelum proses seterusnya.
Katanya, ayam percik pada hari pertama Ramadan mendap4t sambutan menggalakkan daripada pelanggan dan jualan mereka habis.