Mara pertimbang let4k pegaw4i SPRM

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) bercadang untuk menempatkan pegaw4i Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di agensi itu dalam memastik4n urus tadbirnya berada di tahap terbaik.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu telah dibincangk4n bersama Tan Sri Muhammad Ibrahim yang juga Ahli Majlis Mara untuk diperhalusi.

“Tan Sri Ibrahim beritahu, kita kena ada wakil SPRM untuk berada di Mara dan saya bersetuju.

“Perkara ini kita akan bincang dalam mesyuarat majlis minggu depan.

“Ini membuktikan komitmen kita tentang integriti dan tadbir urus yang baik. Mara ada agenda yang lebih besar daripada itu, jadi asas-asas ini perlu dibina daripada sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Mara Bersama Media di Hotel Premiera di sini, pada Jumaat.

Program itu dibuat sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan jaring4n kerjas4ma antara Mara bersama media yang dalam menyebarkan maklumat fungsi dan peranan Mara kepada orang awam.

Dalam pada itu, Asyraf turut memberikan jamin4n untuk sedaya upaya mengelakkan ketirisan, kebocoran dan salah guna kuasa di pelbagai peringkat.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments