SHAH ALAM – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengemukakan tiga persoal4n berhubung kontroversi penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.
Beliau mempersoalkan keperluan membina MRSM khusus untuk golong4n berpendapatan tinggi sedangkan terdapat lebih 180 sekolah swasta dan antarabangsa di Malaysia.
Selain itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga bert4nya sama ada Majlis Amanah Rakyat (Mara) kini mahu lebih fokus kepada bidang perniagaan.
“(Soalan) kedua, adakah Mara kini fokus untuk buat bisnes kerana dulu buat bisnes di Australia rugi puluhan juta. Dulu buat bisnes Mara Digital Mall sekarang terpaksa ditutup.
“Soalan ketiga, siapa akan dapat projek Inisiatif Pembiaya4n Swasta (PFI) ini? Adakah ia akan menjadi berat sebelah seperti sebelum ini?
“Jangan kita ulangi kesilapan yang sama. Saya bangkitkan soalan-soalan ini bukan kerana nak hentam kerajaan tetapi kerana saya juga adalah anak Mara,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebooknya pada Jumaat.
Syed Saddiq sebelum ini pernah menyuarakan pertanyaan kepada Menteri Kemaju4n Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi meminta penjelasan berkena4n proses, sumber pendanaan dan juga tanah untuk membina MRSM berbayar.
Ahmad Zahid yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi jamin4n untuk tidak akan menggunakan tan4h Mara yang dikhaskan buat golongan miskin bagi membina MRSM berbayar.
Jelas beliau, sebaliknya kerajaan akan menggunakan PFI dan bekerjas4ma dengan institusi kewang4n untuk pembiayaan MRSM berkenaan.
Ujarnya, permintaan untuk memasuki MRSM berada di tahap lebih 300 peratus daripada kemampuan dan hal itu perlu ditangani serta dilakuk4n dengan kaedah di luar kotak.