PALEMBANG – Seorang pengerusi masjid di Palembang dilaporkan meningg4l dunia dalam keadaan sedang sujud semasa menunaikan solat tarawih malam pertama Ramadan tahun ini.
Kisah kematian Purnomo Adjie,61, tular di media sosial Indonesia dan ramai warganet mendoak4nnya meninggal dalam husnul khatimah atau pengakhiran yang baik.
Seorang jemaah lain berkata, sebelum Pengerusi Masjid Jami An Nur Mata Merah menghembusk4n nafas terakhir, dia mengadu sakit dada dan keadaannya kelihatan tidak sihat.
“Selesai imam membaca surah Al-Fatihah, tiba-tiba Purnomo jatuh perlahan-lahan dengan keadaan sujud dan semasa rakaat kedua dia tidak bangun lagi,” katanya.
Sebelum meninggal dunia, Purnomo sempat memberikan ucap4n ringkas mengenai sambutan Ramadan dan menggesa jemaah masjid melakukan lebih banyak kebaikan berbanding sebelum ini selain meminta maaf kep4da semua yang datang menunaikan solat di masjid terletak di Kecamatan Sematang Borang. – Agensi.