Peniaga perabot j4di jutaw4n BSN SSP

SEORANG pengusaha perabot berusia 56 tahun dari ibu negara diumumkan sebagai jutaw4n Bank Simpanan Nasional (BSN) SSP kedua pada tahun ini.

BSN dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Cabutan Jutawan bulan Februari 2023 berkenaan telah diumumkan pada Majlis Cabutan BSN SSP pada 4 Mac di Wisma Sanyan, Sibu, Sarawak.

“Beliau telah mula menyimpan dalam BSN SSP secara konsisten bermula 1992 dan telah memenangi beberapa kategori hadiah sebelum ini. Beliau menasihati orang ramai supaya memulakan simpan4n secara konsisten dengan segera walaupun hanya dalam jumlah yang kecil terutamanya dalam BSN SSP.

“BSN terus komited menambah baik produk BSN SSP dari semasa ke semasa agar kekal kompetitif. Usaha berterusan ini kami lakukan bagi menggalakkan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda menyimpan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, BSN telah memperkenalkan pelbagai kategori cabutan dan hadiah menarik pada tahun ini dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM27 juta untuk lebih 18,000 pemen4ng, selain menawarkan Cabutan Jutawan dengan seorang pemenang akan membawa pulang BSN SSP RM1 juta setiap bulan.

“Lebih istimewa pada tahun ini, BSN menawark4n hadiah BSN SSP RM1 juta dan juga sebuah kereta BMW X5 pada cabutan bulan Disember. Syarat simpanan minimum ialah RM3,000 selama sekurang-kurangnya 90 hari,” menurut kenyataan itu.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments