PUTATAN – Seorang lelaki ditemui lemas selepas menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dal4m sungai bersama kenderaan yang di parkir di tepi sungai berhampiran Jalan Imbaan Sailan di sini.
Mangsa, Lasibi Lawadihu, 40, ditemukan pad4 jam 9.15 pagi oleh Unit Drone Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Difahamkan, mangsa memancing di sungai berkenaan manak4la anaknya berada di dalam kenderaan terbabit.
Pemangku Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Penampang, Rony Sikawan berkata, mangsa ditemui pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di sungai berkenaan.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 petang Ahad apabila kendera4n jenis Perodua Myvi yang diletakkan di tepi sungai tergelongsor sendiri ke sungai di mana anak mangsa lelaki berusia lima tahun berada di dalamnya.
“Mangsa yang menyedari kereta yang diletakk4n di tebing sungai itu tergelongsor segera bertindak menyelamatkan anaknya. Mangsa kemudian berjaya mengeluarkan anaknya dari kenderaan terbabit, namun dia tidak semp4t keluar dari sungai berkenaan.
“Orang awam yang berada di lokasi bertindak membantu menyelamatk4n anak mangsa dengan membawanya ke tebing sungai. Namun, apabila mereka menoleh semula ke belakang, mangsa telah pun hilang,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurut Rony lagi, ketika mengeluarkan anaknya, mangsa mungkin kehabis4n tenaga hingga tidak mampu untuk membawa anaknya hingga ke tebing sebelum dilaporkan hilang.