Culas bayar cuk4i, pemilik bengkel berdepan h4rta dilelong

AMPANG – Pemilik sebuah bengkel motosikal di pusat komersial Amp4ng Waterfront, di sini berdepan risiko hartanya dilelong selepas gagal membayar cukai taksiran melebihi dua penggal.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, MPAJ menerusi jabatan hasil pada Jumaat lalu mengadakan operasi tunggakan cukai taksiran di kedai berkenaan.

Menurutnya, pemilik tersebut didapati gagal menjelaskan tunggakan selepas Notis E tamat menyebabkan 30 tayar motosikal serta peralatan membaiki motosikal di premis berkenaan bernilai RM10,096 disita.

“Pemilik diberikan tempoh selama tujuh hari bagi tuntutan semula barang4n yang disita sebelum lelongan awam dilaksanakan.

“Tindakan sitaan yang dijalankan adalah selaras dengan keperluan Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) susulan kegagalan pemilik yang menjelaskan tunggakan cukai taksiran yang tertungg4k setelah tempoh Notis E selama 15 hari tamat,” katanya.

Katanya, dalam operasi itu, lapan premis termasuk bengkel motosik4l berkenaan diperiksa membabitkan tunggakan keseluruhan bernilai RM55,211.

 

“Daripada jumlah itu, MPAJ berjaya mengutip tunggak4n cukai taksiran berjuml4h RM50,522 daripada tujuh premis,” katanya.

Beliau berharap tindakan itu dapat mengurangkan jumlah pemilik hutang teg4r dan memastikan pemilik harta lebih bertanggungjawab dalam menjelaskan cukai taksiran MPAJ mengikut tempoh yang ditetapkan.

About Mat Lan Editor

Check Also

Pendakw4an mohon semua kes Muhyiddin dibic4ra bersama

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memohon supaya empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes menerima wang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *