SEREMBAN – Negeri Sembilan bakal mempuny4i kilang peluru saiz berkaliber kecil tidak lama lagi di Senaling, Kuala Pilah.
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, kilang tersebut akan dibangunkan di tan4h seluas 80.93 hektar oleh syarikat Myaltech Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Negeri Sembilan.
Menurutnya, ia melibatkan nilai pelaburan permulaan berjumlah RM80 juta.
“Lawatan naziran telah pun diadakan di tapak tanah di Senaling oleh semua pihak berkepenting4n termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) enam bulan lalu.
“Kita sedang menunggu keputusan muktamad daripada KDN dan saya difahamkan ia dalam proses kajian. Insya-ALLAH dalam tempoh terdekat akan ada keputusan muktamad mengenainya,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Ujarnya, Myaltech Sdn Bhd akan mendapatkan kepakaran daripada sebu4h syarikat pengeluar peluru Switzerland terkemuka dunia yang menguasai kebanyakan pasaran di Eropah.
Menurut Mohamad Rafie, pembinaan kilang itu kelak diharap dapat mengurangkan kebergantungan negara dalam mengimport bahan senjata.
“Saya boleh katakan kilang ini antara yang paling canggih di negara ini dan pembuat4n peluru itu akan bermula dari A hingga Z.