SEMEMANGNYA bulan Ramadan sangat sinonim dengan buah kurma.
Walaupun luarannya tidak begitu menarik, namun, ketahuilah, kurma merupakan salah satu bahan terbaik untuk diet harian kerana banyak manfaat kesihatannya.
Kurma yang juga dikenali sebagai tamar mempunyai ‘kuasa luar biasa’, padat dengan serat untuk membantu anda kenyang lebih lama, serta menggalakkan pencernaan yang sihat.
Kurma atau pokok kurma disebut dalam al-Quran sebanyak 22 kali, lebih banyak berbanding pokok buah-buahan lain.
Nabi Muhammad SAW mengetahui manfaatnya dan sangat gemar memakannya. Baginda akan menerimanya sebagai hadiah dan berkongsi faedah memakan kurma dalam Islam dengan umatnya.
Kitab suci al-Quran juga memberitahu kita tentang bagaimana memakan kurma Islam boleh membantu dengan kesakitan kehamilan dan kelahiran dalam surah Maryam.
Maryam (AS) mengalami kesakitan semasa mengandungka Nabi Isa (AS), maka Allah SWT mengarahkannya untuk memakan kurma bagi mengurangkan ketidakselesaannya.
Kenapa makan kurma?