‘Orang Melayu miskin selepas s4ya tidak l4gi jadi PM’ – Tun M

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu menjadi miskin selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

“Tetapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang.

“Saya menyertai usaha untuk menyedar orang Melayu akan masalah mereka dengan pelancaran proklamasi Melayu.

“Isi kandungan proklamasi berkenaan menepati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan UMNO,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.

Tangkap layar ciapan di Twitter Dr Mahathir
Tangkap layar ciapan di Twitter Dr Mahathir

 

Pada 19 Mac, Dr Mahathir mendakwa perhimpunan Proklamasi Orang Melayu tidak dapat dianjurkan disebabkan campur tangan kerajaan.

 

Dalam pada itu, Dr Mahathir mendakwa tindakan kerajaan menghalang pihak lain melancar proklamasi tersebut merupakan mengkhianat janji dalam Perlembagaan Negara.

Beliau juga mendakwa, UMNO tidak membantah kerana UMNO tidak lagi pegang kepada matlamat penubuhannya.

“Sebab itu puak lain perlu diadakan untuk melindungi hak orang Melayu dan bumiputera lain,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments