ANAH MERAH – Seorang anak dipercayai tergamak memukul, memijak, menampar dan menyep4k ibu selepas enggan memberikan wang berjumlah RM20 bagi membeli dad4h untuk melampiaskan nafsu ketagihannya di Kampung Gual Jedok di sini pada Ahad
Tindakan itu menyebabkan warga emas berusia 65 tahun mengalami kecedera4n bengkak di kepala, dahi dan mata serta sakit pada bahagian bad4n.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, hasil siasatan aw4l mendapati kejadian itu berlaku di hadapan pintu rum4h mereka.
“Ibu dan anaknya yang berusia 32 tahun itu dikatakan tingg4l berdua di rumah tersebut.
“Semasa kejadian suspek telah bertindak menarik, menampar, menend4ng dan memijak kepala mangsa.
“Kejadian tersebut telah dirakam oleh cucu wanita terbabit yang tinggal bersebelahan dengan rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.