Tidak timbul isu PM tak dialu-aluk4n di Arab Saudi – Penganalisis

KUALA LUMPUR – Adalah salah bagi pengkritik mendakwa bahawa lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini tidak berhasil hanya kerana beliau tidak bertemu Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, kata penganalisis.

Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, kunjungan Perdana Menteri ke negara itu selama tiga hari baru-b4ru ini adal4h atas jemputan pemimpin tertinggi Arab Saudi itu sendiri.

“Kalau tuduhan mengatakan Raja Salman dan Putera Mahkota seperti tidak mengalu-alukan Anwar, kenapa Anwar mendapat undangan? Dan lawatan itu mendapat komitmen sepenuhnya daripada konglomerat Saudi.

“Ini menunjukkan walaupun tak bertemu dengan Raja Saudi dan Putera Mahkota, bukanlah bermaksud Anwar tak direstui dan sebagainya. Tetapi disebabkan situasi tentatif menyebabkan pertemu4n itu tidak dapat dilakukan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, sebagai Penjaga Dua Kota Suci umat Islam, adalah perkara biasa apabila terdapat perubahan pada jadual Raja Salman terutamanya apabila memasuki bulan Ramadan.

Perkara itu juga katanya, telah dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri yang memberitahu beliau diminta untuk melanjutkan keberadaannya di Arab Saudi, namun tidak dapat berbuat demiki4n disebabk4n komitmen lain serta jadual yang ketat.

About Mat Lan Editor

Check Also

saya-perlukan-tujuh-peguam-mewakili-saya-–-suspek-kes-tembak-di-klia

Saya perlukan tujuh peguam mewakili saya – Suspek kes tembak di KLIA

“Saya memerlukan tujuh orang peguam untuk mewakili saya,” demikian kata suspek kes tembakan di Balai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments