Tular nasi ayam beremp4h RM15 sebungkus, raky4t makin resah

BARU beberapa hari berpuasa, rakyat terpaksa berdepan situasi yang agak membebankan apabila dilaporkan harga ayam naik hingga melepasi harga kawalan.

Jika harga ayam mahal, sudah tentu makanan siap dimasak berasaskan ayam yang dijual di bazar Ramadan turut naik harga atau potongan saiznya lebih kecil.

Malah, tular di media sosial pada Sabtu mengenai tindakan seorang peniaga menjual nasi ayam berempah dengan harga RM15 sebungkus.

Harga yang dikenakan itu disifatkan tidak masuk akal kerana ayam berempah tersebut bukan bersaiz besar sementara begedilnya cuma besar sedikit daripada duit syiling 50 sen lama serta tempe pula panjangnya tidak sampai sejengkal.

Situasi tersebut pastinya mengundang resah rakyat kerana jika lauk ayam pun sudah mahal sebegitu, pastinya lauk-lauk lain akan lebih mahal.

Lazimnya sebelum ini lauk ayam menjadi lauk pilihan majoriti rakyat marhaen kerana harganya lebih murah.

Mereka yang biasa ke pasar sememangnya tahu harga ayam agak murah berbanding ikan yang rata-ratanya berharga belasan ringgit dan ke atas bagi setiap kilogram.

Itu belum disentuh harga barang mentah lain seperti daging, sotong, udang dan ketam yang berganda lebih tinggi.

About Mat Lan Editor

Check Also

Pendakw4an mohon semua kes Muhyiddin dibic4ra bersama

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memohon supaya empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes menerima wang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *