KUALA LUMPUR – Bazar Ramadan Rahmah (BRR) dilaksanakan di 38 lokasi seluruh negara term4suk tiga BBR beroperasi di ibu negara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepanjang Ramadan tahun ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, BRR adalah inisiatif terbaru kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat deng4n menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan.
Jelasnya, ini termasuk dengan menggalakkan peniaga menyediakan kepelbagaian konsep penyediaan makan4n atau produk seimbang berteraskan Menu Rahmah kep4da pengunjung yang datang ke bazar Ramadan.
“Antara kriteria BRR adalah sebahagian peniaga menawarkan menu Rahmah di lokasi menj4di tempat tumpuan rakyat dan menggalakkan kadar sewa Rahm4h serta berpatutan kepada peniaga berdasarkan lokaliti.
“Inisiatif BRR ini dilaksanakan secara kerjasama strategik di antara kementeri4n dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tanpa melibatkan sebarang implikasi kos kepada kerajaan,” kat4nya.
Beliau ditemui ditemui pemberita selepas melakukan sesi walkabout pada Majlis Pelancar4n Bazar Ramadan Rahmah di Bazar Ramadan Lorong Tengku Abdul Rahm4n di ibu negara di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat tiga lokasi BRR di sekitar Wilayah Persekutu4n, Kuala Lumpur ialah di Lorong Tuanku Abdul Rahman, Tempat Letak Kereta Lorong TAR Lot 4, dan di Jalan Raja berhadapan gereja.
“Jumlah keseluruhan peniaga yang beroperasi bagi tiga lokasi BRR di ibu kota ial4h seramai 41 peniaga dan kesemuanya menawarkan menu Rahmah,” tambahnya.