KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenay4h Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baharu.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan malam ini berk4ta, pelantikan berkenaan berkuat kuasa pada 16 April ini.
Pelantikan Ayob Khan sebagai Pengarah JSJ yang baharu bagi mengg4ntikan Datuk Seri Abd Jalil Hassan yang akan bersara wajib dalam tempoh terdekat ini.
Terdahulu, Ayob Khan, 57, menjadi Pengarah JSJN pada 25 Disember 2021 selepas menyandang jawatan Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020.
Beliau sebelum itu merupakan Ketua Penolong Peng4rah Bahagian Anti Pengganas, Cawang4n Khas, Bukit Aman. – Bernama