Bukan hanya pembangk4ng, pemimpin kerajaan turut disi4sat’

KUALA LUMPUR – Siasatan penguatkuasaan berkaitan dana politik tidak hanya membabitk4n pemimpin parti pembangkang malah pemimpin kerajaan turut disias4t, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beliau ada bertanya perkara tersebut kepada pihak pengu4t kuasa dan mereka sahkan ada siasatan terhadap pemimpin kerajaan.

 

Bagaimanapun, tegas beliau, sama ada pendakwaan dibuat atau tidak bergantung kepada Jabatan Peguam Negara.

“Tentang siasatan dana politik, saya terbuka, tiada masalah tapi kena faham undang-undang. Sekarang ini membolehkan derma kepada parti politik.

“Yang dikaitkan dengan pendakwaan sebelum ini, pendakwaan yang terkait dengan kontrak diberikan.

“Jadi kalau ada cadangan, ada permasalahan, kekhuatiran bawah ada unsur rasu4h dalam derma kepada Keadilan (Parti Keadilan Rakyat), itu boleh dibangkitkan.

 

“Saya tiada masalah…cuma soalnya kena faham und4ng-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN – Rantau Panjang) pada sesi soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa. – Awani

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments