Kerajaan teliti dakwaan mangs4 banjir tidak terim4 bantuan

KUALA NERUS – Kerajaan Persekutuan akan meneliti dakwaan terdapat segelintir mangsa banjir di negeri ini terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir yang tidak tersenarai sebag4i penerima bantuan walaupun sudah mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya nama mereka didapati tercicir, kerajaan akan segera menyalurkan bantuan melalui peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) terus ke kawasan DUN terlibat.

 

“Jika mereka ini telah tercicir daripada senarai oleh jawatankuasa banjir negeri dan juga oleh jawatankuasa banjir daerah maka saya akan mendapatkan peruntukan daripada Nadma ini untuk kita salurkan terus melalui Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini pada Selasa.

Lebih 100 mangsa banjir di kawasan Seberang Takir telah bertemu dengan Ahmad Zahid di LTSM pada Selasa untuk menyatakan hasrat mereka agar bantuan yang disalurkan oleh keraja4n Persekutuan kepada negeri diagihkan secara saksama.

Menurut mangsa banjir berkenaan, mereka telah memenuhi syarat dan proses yang dikehendaki oleh pentadbiran seperti pendaftaran serta melengkapkan butiran maklumat yang diperlukan dan sebagainya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran KKDW di Masjid al-Ansar, Kem Sri Pantai di sini pada Selasa.

Seramai 1,500 orang masyarakat sekitar yang terdiri daripada pelaj4r pusat tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat telah diraikan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di situ.

Terengganu merupakan lokasi keempat daripada 13 negeri bagi penganjur4n Majlis Santunan Kasih Ramadan yang telah bermula pada 24 Mac di Gombak, Selangor.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments