Kes Hakim Nazlan: Keraj4an hormati keputus4n Mahkam4h Persekutu4n

PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil maklum dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan serta pertimbangan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegah4n Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan bertarikh 24 Februari itu serta pertimbangan Ketua Hakim Negara, bahaw4 tiada elemen kepentingan awam dalam siasatan terhadap Mohd Nazlan.

“SPRM ialah badan bebas dan berhak melakuk4n penyiasatan ke atas mana-mana pihak.

“Sementara itu, kaedah yang ditetapkan bagi badan kehakiman adalah dengan merujuk kepada kod etika hakim, sekiranya mempunyai asas kukuh,” katanya kepada Bernama selepas program Ihya Ramadan di Masjid Putra di sini pada Selasa.

Pada 24 Februari lepas, panel tujuh anggota Mahkam4h Persekutuan memutuskan bahawa siasatan oleh SPRM terhadap Mohd Nazlan dilakukan tanpa mengambil kira aspek berkaitan kebebasan kehakiman, dan tidak mengikut protokol.

Semasa menyampaikan keputusan mahkamah berhubung permohonan oleh tiga peguam yang merujuk dua persoalanan perlembagaan yang berkaitan dengan siasat4n SPRM terhadap Mohd Nazlan, Tengku Maimun berkata, cara penyiasatan dijalankan ke atas Mohd Nazlan dengan menghebahkannya melalui kenyataan akhbar, kelihatan tidak menjaga soal keyakinan terhadap kebebasan badan kehakiman.

Mohd Nazlan ialah hakim perbicaraan yang mensabitkan dan menjatuhk4n hukum4n penjara 12 tahun terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan denda RM210 juta atas tujuh pertuduhan berkait4n dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai 2020. – Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments