KPDN Kedah sasar 350 peniaga baz4r Ramadan taw4r menu Rahmah

PENDANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyasarkan seram4i 350 peniaga bazar Ramadan dapat menawarkan menu Rahmah di enam tapak Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di negeri itu.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Khanth berkata, pihaknya menjangkakan ramai peniaga akan menyertai penjualan sekurang-kurangnya satu menu Rahmah berikutan mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan itu.

“Keseluruhan peniaga yang menyertai menu Rahmah di Kedah semakin meningkat mendadak… pada pelancaran di BRR di Tanah Merah, Pendang ini pun kita dapati 100 permohonan (sertai menu Rahmah) telah diterima,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan BRR di Tanah Merah di sini.

Mengenai BRR, Affendi berkata, seramai 1,000 pengunjung terawal akan turut menerima e-dompet bernilai RM20 seorang sekali gus membantu mengurangkan kos membeli juadah berbuk4 dan baki untuk 5,000 pengunjung lagi akan diperluas dalam masa terdekat.

“Ia melalui penyedia platform e-dompet yang bekerjasama dengan pihak kita (KPDN Kedah) dan telah mendapat maklum balas positif daripada pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bekalan telur ayam di Kedah masih mencukupi dan pihaknya belum menerima aduan mengenai kekurangan bekalan itu mahupun kenaikan harga telur ayam dal4m tempoh Ramadan setakat ini. – Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments