BEIJING – Lawatan rasmi kerajaan ke luar neg4ra termasuk ke Kemboja dan Arab Saudi baru-baru ini bukan bertujuan untuk kemuliaan peribadi ataupun kepentingan politik, kata Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Sebaliknya, Menteri Luar itu menegaskan, ia adalah mengenai hubungan antara kedua-dua negara dan kebaikan buat Malaysia.
“Anda tidak boleh berhenti daripada berpolitik tetapi perkara yang paling penting saya ingin tegaskan di sini ialah, apa sahaja yang kita mahu lakukan, ingat, ini adalah mengenai hubung4n antara kedua-dua neg4ra untuk kebaikan negara.
“Ia bukan untuk kepenting4n individu atau sebarang kepentingan politik.
“Apa sahaja yang kita lakukan di sini (lawatan rasmi di China) termasuk lawat4n rasmi baru-baru ini di Kemboja dan Arab Saudi, adalah untuk negara.
“Jadi, semasa anda semua mengkritik dan mempolitikk4n apa sahaja, sil4 ingat (kepentingan negara),” katanya pada sidang media sempena lawatan r4smi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China di sini Selasa malam.