Maut kemalang4n selep4s larik4n telefon bimbit

BATU PAHAT – Tindakan dua rakan cuba melarikan diri selepas mencuri telefon bimbit dipercayai punca kemalangan membabitkan tiga kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka maut.

Kemalangan di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong pada Isnin itu membabitkan sebuah kereta Proton Wira, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 dan Perodua Axia.

 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan mendap4ti Proton Wira dipandu lelaki berusia 31 tahun bersama rakan berusia 43 tahun cuba melarikan diri daripada dikejar oleh pemilik telefon bimbit berkenaan yang memandu Mazda CX-5.

Bagaimanapun beliau berkata, Proton Wira itu hilang kawal4n apabila Mazda CX-5 yang mengekorinya terlanggar bahagian belakang kereta berkenaan.

“Proton Wira itu kemudiannya terbabas memasuki laluan bertentang4n dan bertembung dengan kereta Perodua Axia yang dinaiki sepasang suami isteri.

“Pertembungan itu menyebabkan penumpang hadapan Proton Wira itu maut di tempat kejadi4n sement4ra pemandunya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Ismail berkata, pasangan suami isteri yang men4iki Perodua Axia dilaporkan cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments