JERLUN – Berat dugaan yang dihadapi oleh seorang suri rumah apabila disahkan menghidap kanser saraf pada September tahun lalu dan lebih memilukan apabila menyambut Ramadan di atas katil kali ini.
Haslinda Hashim, 32 kini hanya mampu terlantar sahaja dan memerlukan bantuan suami serta ibu bapa bagi menguruskan dirinya.
Pada awalnya dia hanya berasa sakit di seluruh badan sebelum ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
“Saya terkejut selepas melakukan Pengimejan resonans magnetik (MRI), doktor pakar memaklumkan saya menghidap kanser di saraf tunjang sebelum dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan radioterapi.
“Selepas membuat radioterapi pertama, saya boleh berjalan lagi tapi selepas bulan November lalu, kaki tiba-tiba rasa lemah. Mula-mula sebelah kaki sahaja rasa lemah lepas itu lama-kelamaan sud4h tidak boleh berjalan,” katanya semasa ditemui di Kampung Pida 5, Kodiang baru-baru ini.

Dia berkata demikian selepas menerima kehadiran Pengerusi Persatu4n Cancer Survivor Malaysia, Zuraini Kamal yang menyampaikan bantuan tunai dan sebuah kerusi roda khas.