APABILA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa pendat4ng asing tanpa izin (PATI) menjadi lubuk bagi segelintir penguat ku4sa untuk meminta rasuah, ia adalah satu isu serius yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.
Perkara yang dibangkitkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya wajib ditangani dengan segera kerana ia sudah membar4h ke seluruh pelosok jaringan keselamatan dalam Malaysia.
Daripada soal kuota kemasukan pekerja asing, pelacur4n, rumah urut, perjudian, Macau Scam dan penerokaan tanah semuanya berlaku kerana rasuah.Turut terjadi rasuah dalam hingga boleh berniaga tanpa lesen atau menggunakan premis dan lesen perniagaan rakyat tempatan.
Rasuah juga membolehkan PATI bekerja di sektor pembinaan, perladangan dan perkhidmatan tidak sah.
Paling membimbangkan ialah apabila ia melibatkan soal kedaulatan negara apabila rasuah itu berlaku melibatkan soal kerakyatan dan sijil beranak.
Taraf kewarganegaraan yang amat tinggi nilainya boleh digadaik4n kepada orang luar apabila berlakunya rasuah
Turut berlaku PATI boleh keluar masuk ke negara ini dengan sewenang-wenangnya semu4nya disebabkan penyelewengan yang berlaku di pintu sempadan.
Oleh itu, perlu ditubuhkan satu badan khas untuk melih4t isu ini bermula dari bawah hinggalah ke peringkat atasan kerana tanpa kesungguhan itu, sampai bila-bila ia akan terus berlaku.