Wanita OKU rentung dalam kebak4ran

PONTIAN – Seorang wanita kelainan upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakar4n di Kampung Parit Haji Elias, Ayer Baloi, Pontian, pada Selasa.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Abd Jalil, wanita berkenaan ditemui di ruangan bilik tidur rumah berkenaan.

 

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah melalui talian MERS999, pada 12.27 tengah hari, satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dari BBP Pontian Baru dengan 23 anggota diketuai Penolong Penguasa Bomba Azhar Abdul Jalil telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya ke lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah satu tingkat jenis kekal dan berkeluasan 30 x 60 x 12 kaki dan dianggarkan sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan rumah telah musnah dalam kebakaran berkenaan.

“PKO juga mendapati seorang perempuan OKU telah ditemui rentung di ruangan bilik tidur rum4h berkenaan dan mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindak4n lanjut,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments