KUANTAN – Suspek kes pukul imam jemputan ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 di sini pada Ahad lalu akan dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan mendapat arahan pertuduhan ke atas lelaki berusia 38 tahun itu daripada pih4k Timbalan Pendakwa Raya.
Menurutnya, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan atas kesalahan menimbulkan kacau ganggu ketika solat yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
“Suspek yang turut positif dadah jenis methampheamine dan amphetamine ketika ditahan akan dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tarikh lain.
“Suspek kini masih berada di bawah pengawasan pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini pada Khamis.
Wan Mohd Zahari berkata, hasil siasatan lelaki itu merupakan pesakit mental dan pernah mendapatkan rawatan di Wad Dahlia HTAA melalui semakan rekod hospital itu.
“Lelaki ini juga didapati sering berada di kawasan masjid tersebut, namun p4da hari kejadian dia bertindak agresif mungkin disebabkan pengaruh dadah.
“Soal siasat yang dijalankan, lelaki itu mendakwa dia bertindak agresif kerana berang baca4n surah oleh imam bertugas ketika solat Subuh itu ada menyebut namanya,” katanya.