MELAKA – Sindiket pengemis warga asing yang mampu memperolehi w4ng sekitar RM500 sehari di bazar Ramadan negeri ini akhirnya berjaya di berkas polis pada Selasa.
Dalam Op Pengemis jam 7.30 malam, polis telah menah4n seorang individu warga tempatan berusia 35 tahun dipercayai dalang sindiket itu bersama tiga pengemis warga Thailand berusia antara 33 sehingga 46.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pihaknya menerima aduan aktiviti mengemis yang semakin banyak dilihat terutama di bazar Ramadan, pusat beli-belah dan pasar raya.
Menurut beliau, susulan itu pihaknya menjalankan operasi bersepadu membabitk4n Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menumpask4n aktiviti sindiket ini.
“Kita telah menahan empat individu termasuk tiga lelaki warga asing kerana terlibat dalam aktiviti mengemis.
“Mereka memberi alasan wang kutipan sedekah itu untuk pembina4n sebu4h Sekolah Agama di Selatan Thailand,” katanya dalam satu kenyat4an di sini, pada Khamis.

Tambah beliau, pihaknya turut merampas dokumen-dokumen yang digunak4n bagi tujuan memperdaya orang ramai dan wang tunai berjumlah RM736.
Jelas beliau, siasatan awal mendapati ketiga-tiga warga asing itu dibawa menggun4kan kenderaan oleh suspek tempatan dari Kuantan, Pahang ke Melaka termasuk menguruskan tempat tinggal mereka di sebuah Hotel di Jalan Tun Perak di sini.