Projek perumah4n mampu milik baharu akan jal4ni ujian, analisis

BANGKOK – Semua projek perumahan mampu milik baharu di Malaysia akan menjalani ujian dan analisis termasuk ujian terowong angin dan analisis laluan matahari bagi menyediakan rumah yang selesa didiami oleh golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40), kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Beliau berkata, ujian lain termasuk analisis keselesaan termal dan indeks bangunan hijau (GBI)

Program baharu itu akan dimulakan dengan projek rumah mampu milik seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Belia Madani, Rumah Mesra Rakyat, dan Program Perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

“Saya mahu buat perubahan ini. Kami memilih kualiti daripada kuantiti. Oleh itu mereka bertanggungjawab menjalankan analisis dan ujian.

“Saya membayangkan projek ini kelak meliputi sistem penuaian air hujan dan panel solar. Selain itu, GBI akan membantu menggalakkan kemampanan dan meningkatkan kesedaran tentang isu alam sekitar… Ini akan menjadi pencetus perubahan,” katanya kepada Bernama.

Kor Ming terkejut meneliti hasil kajian Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang mendedahkan bahawa 13.4 peratus kanak-kanak dan remaja yang tinggal di PPR di Kuala Lumpur dan Selangor terfikir untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri akibat tekanan hidup.

“Ia tidak dirancang dengan betul. Projek perumahan itu tidak boleh didiami dan keadaannya teruk dan sempit. Oleh itu, kementerian berazam untuk membina rumah yang selesa didiami,” katanya.

Kor Ming berkata, kementerian itu komited untuk membina 500,000 unit rumah mampu milik menjelang 2025 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025), dan ini akan dibina mengikut lima prinsip penting: – kebolehcapaian, kebolehdiaman, ketersambungan, komuniti yang baik dan kemampanan untuk memenuhi keperluan perumahan masa kini dan masa hadapan.

Beliau berkata, kerajaan, agensinya dan sektor perniaga4n telah membina lebih 280,000 rumah mampu milik setakat ini.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments