Bungkusan kepada PM, Rafizi: Bukan ganja, t4pi ubat gigi

SHAH ALAM – Bungkusan yang disyaki berisi ubat gigi yang dialamatkan kepada Perd4na Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini tidak mengandungi ganja.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, pihaknya mengesahkan pes ubat gigi tersebut adalah tidak mengandungi ekstrak ganja dan merupakan pes ubat gigi biasa.

“Ubat gigi berkenaan mengandungi pes biasa tidak terdapat sebarang ekstr4k ganja atau bahan terlarang lain.

“Keputusan ini adalah berdasarkan ujian makmal yang dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Jumaat.

Katanya, ketika ini pihaknya masih mengesan pengirim kedua parcel ini.

“Kita percaya kedua parcel ini dihantar oleh individu yang sama, maklumat berk4itan individu ini telah diperolehi dan usaha untuk menangkap suspek sed4ng dijalankan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof pada Isnin memaklumkan polis menerima laporan dibuat Bahagian Keselamatan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya mengenai panggilan yang diterima memberitahu terdapat satu bungkusan at4s nama dua ahli politik.

Wan Kamarul Azran berkata, bungkusan itu disyaki mengandungi barang terlarang memandangk4n sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya turut menerima bungkusan mengandungi daun ganja, minggu lalu.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments